..: :UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING...SMK SEMERAH PADI...KUCHING...SARAWAK: :..
Photobucket

Selasa, 24 Januari 2012

Gong Xi Fa Chai & Happy New Year 2012

UBK SMKSP juga mewakili pelajar2 Smksp ingin merakamkan ucapan Selamat menyambut Tahun Baru Cina khusus buat guru-guru berbangsa Cina di SMKSP especially Cikgu Appolonius, Cikgu Andrew, Cikgu Soh, Cikgu Kew Min Teck, Cikgu Sim, Cikgu Khiu Kah Huan, Cikgu Jong, Cikgu Chong, Cikgu Sia Soong Kee...n mana2 yang tak sempat disebutkan di sini...Selamat Tahun Baru 2012...
Tahun ini merupakan tahun naga laut yang membawa erti kemakmuran dan kemurahan rezeki yang banyak...jadi semuga mereka yang menyambutnya akan mendapat rezeki yang baik di tahun baru ini.
Cuti Tahun baru Cina kali ini juga merupakan cuti yang agak panjang...jadi bertambahlah meriah bagi guru yang menyambutnya...hayati semangat 1 Malaysia...budaya kunjung mengunjung masih diamalkan lagi di masa sekarang. Selain itu budaya membuat Open House / Rumah Terbuka bagi menyambut kedatangan rakan2 juga dapat mengeratkan perpaduan antara kaum...Jadi itulah kunci kemeriahan satu2 perayaan.
Akhirkata...Gong Xi Fa Chai...Angpow na lai...

Khamis, 29 Disember 2011

Selamat Tinggal 2011...Selamat Datang 2012..:-) Hari Pendaftaran 2012 & Orientasi Tingkatan 1 (Pelajar Baru)

Selamat bersua di laman ini semula....beberapa hari lagi kita akan menginjak ke tahun baru...2012.Hmm...cepatnya masa berlalu...anda yang di Tingkatan 2...jangan masih terlena panjang pabila esok ..tiba masanya menduduki peperiksaan PMR.....begitu juga anda yang berada di Tingkatan 4... bermula kalendar baru...detik menghadapi peperiksaan SPM juga semakin hampir.....kita sendiri tak terasa begitu cepatnye masa nie berlalu gitu saja.....disebabkan rutin yang sibuk memanjang...hehe...Biasalah kan...yang aktif tu..selalunya serba serbi dia yang akan terlibat dlm macam2 aktiviti sekolah...dan memikul pelbagai jawatan...namun aktif2 jugak...pelajaran mesti seimbang...

sekadar makluman Pendaftaran Semua Pelajar dibuat pada 31 Disember 2011, Hari Sabtu ni sayang...jangan le buat2 'ngando' pulak...bangun awal....datang seawal jam 7.30 pagi untuk mendaftar persekolahan tahun 2012...kalu nama xda...kene cari PKHEM ( Cgu Kastamy ) atau PK Petang ( Cgu Johan)...Pelajar Baru Tingkatan 1 mendaftar di Dewan Perdana....jangan sesat yea...
Minggu Orientasi Pelajar Baru Tingkatan 1 bermula 5 ~10 Januari 2012
.Dewan Perdana SMKSP..jadi anda akan jumpa saya di SANA.....:-D

Isnin, 19 Disember 2011

Makluman Keputusan PMR 2011

Pejam celik...pejam celik... tak lama lagi result PMR 2011 akan diumumkan dan 2011 akan pergi.
Pasti mendebarkan... apa pun terimalah dengan tenang dan sabar.

Keputusan boleh disemak melalui sms dengan menaip PMRnombor angka giliran dan hantar ke 15888.

kepada calon-calon PMR 2011, apepun keputusan terimalah dengan tenang....rangka perjalanan seterusnya...buat pilihan yang tepat agar perjalanan akademik anda sejajar dengan minat dan potensi anda masing-masing.

bidang yang ingin dipilih????kalo yang cenderung dengan bidang teknikal, vokasional...banyak tempat anda boleh memohon...asalkan keinginan untuk belajar itu masih ada...di sekolah SMKSP pun ada kelas aliran vokasional...sape2 yang minat...bleh mohon kelas katering dan pramusaji.. dan ..senireka tanda...

sape2 yang ada memohon SM Teknik Sejingkat, SM Vokasional Matang atau Kolej Vokasional Kuching jangan lupa buat semakan permohonan tau...kalo tak dapat cuba buat rayuan...

apepun...rajin2lah melawat ke http://ubksmksemerahpadi.blogspot.com